Friday, September 30, 2011

Diet RASULLULLAH

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA BUAT SEMUA PENGUNJUNG BLOG SEKALIAN....hri ini saya selaku admin berbesar hati nak berkongsi ilmu buat semua pembaca sekalian tentang kesihatan.Kalau kita nak tahu,rupa2nya dalam kehidupan seharian kita,Rasullah dah ajar kita cara-cara nak jaga kesihatan,sebab itulah sepanjang hayat RASULLAH SAW,baginda tak pernah diserang penyakit....Apakata kalau kita semua follow amalan pemakanan Rasullullah ni supaya kita sentiasa sihat dan mudah untuk melakukan ibadah epada ALLAH SWT.;)

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Dan kalau kita semua nak tahu,orang barat semuanya telah meniru  amalan pemakanan Rasullullah ni,tapi orang yahudi ajar kita cara pemakanan yang salah.....Semoga dengan info yang berguna ni memberi kita sedikit sebanyak kesedaran mengenai amalan kesihatah;)

orang yang menerima rasuah

     Rasuah atau sogokan merupakan penyakit yang semakin berleluasa dalam masyarakat kita pada hari ini.Rasuah yang semakin berleluasa menyebabkan kezaliman berlaku dan mengambil hak orang lain.Allah SWT dengan tegas telah melarang kita memakan hak orang lain dengan cara yang batil.Hal ini kerana ia boleh menyebabkan perpecahan dan permusuhan.Allah swt telah berfirman"Jangan lah kamu memakan harta orang lain antara kamu dengan jalan yang salah dan janganlah mengeluarkan harta(memberi rasuah)kepada hakim-hakim keranan hendak memakan sebahagian daripada harta manusia dengan cara yang berdosa sedangkan kamu mengetahui".(surah Al-baqarah:188)

     Ini merupakan satu peringatan yang jelas kepada kita agar tidak memberi dan menerima rasuah kerana ia merupakan satu dosa yang amat besar disisi ALLAH AZZAWAJALLA.Rasulullah saw juga pernah bersabda yang berbunyi"Alah melaknat orang yang memberi rasuah dan orang yang menerima rasuah dalam satu perkara".
      Janganlah kita memberi anak dan isteri kita memakan harta atau hasil dari rasuah kerana ianya pasti memberi kesan kepada diri kita sendiri.Hendaklah kita mencari rezki dengan cara yang halal.Meskipun rezki yang kita perolehi dengan cara yang halal itu sedikit,namun besar faedah dan pahalanya disisi Allah swt.Semoga dengan sedikit ilmu yang diajarkan kepada diri kita ini,dapat memberi kesan dan impak yang berguna pada diri kita ini.Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah swt dan yang buruk nitu datang dari diri saya sendiri.WALLAHU ALAM;)

Thursday, September 29, 2011

CINTA RASULLULLAH BUAT KITA UMMATNYA

           "Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian,tidak hiraukan persediaan baginya".(surah al-anbiya:1)
Sesungguhnya hari kiamat merupakan peristiwa yang amat dahsyat.Kubur boleh menjadi lubang syurga atau lubang neraka sebagaimana yang diberitahu oleh Rasullullah SAW.Apabila masa yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT telah tamat,maka sangkakala akan ditiupkan dan segala apa yang hidup dilangit dan dibumi akan dimatikan kecuali apa yang dikehendaki oleh ALLAH SWT.Selepas itu sangkakala akan ditiupkan buat kali kedua.Pada waktu ini,semua makhluk akan dibangkitkan dari kubur untuk mengadap ALLAH SWT dalam keadaan bertelanjang.pada waktu ini yang menemani diri hanya amal ketika hayat masih ada didunia yang fana.Matahari pula adalah dengan jarak satu jengkal dari kepala manusia.Pada hari perhitugan amal itu,bumi ini akan digantikan dengan bumi yang baru.
            Pada hari itu,ibu yang menyusui bayinya lalai terhadap anaknya.begitu juga para ibu yang mengandung akan keguguran bayinya.Manakala bagi bayi yang baru lahir akan terus berubah menjadi tua kerana amat takut pada hari hitungan amal yang amat dahsyat itu.Pada waktu itu,manusia merasa kuatir dan gelisah yang tak mampu mereka tanggung sehingga membuatkan mereka mereka mencari orang yang dapat memberikan syafaat kepada mereka.Mereka memohon syafaat daripada nabi2 sebelum nabi muhammad SAW namun masing2 mengatakan "sesungguhnya RABB ku pada hari ini murka dengan  kemurkaan yang tidak pernah terjadi  sebelum ini dan tidak akan murka selepas ini".Dan akhir sekali manusia akan pergi kepada nabi MUHAMMAD SAW dan nabi muhammad berkata"AKU AKAN MEMINTA SYAFAAT KEPADA ALLAH".Lalu nabi MUHAMMAD pon pergi bersujud dibawah arsy sehingga ALLAHSWT membuka semua pintu pujian buat baginda.
   
                Lihatlah,,,betapa cinta dan kasih nya RASULULLAH SAW buat kita semua.Memberi syafaat dan pertolongan buat kita disaat kita masih memerlukannya....RASULLAH SAW amat menyayangi umatnya....Namun apakah kita mencintai RASULLAH SAW sepenuhnya dengan mengamalkan segala sunnah dan peribadinya?????????Sesungguhnya cinta dan kasih RASULLAH buat kita tiada bandingannya,sehingga saat nyawa berpisah dari jasadnya,dia masih lagi menyebut"UMMATI!!!!UMMATI!!!!!