Rasuah atau sogokan merupakan penyakit yang semakin berleluasa dalam masyarakat kita pada hari ini.Rasuah yang semakin berleluasa menyebabkan kezaliman berlaku dan mengambil hak orang lain.Allah SWT dengan tegas telah melarang kita memakan hak orang lain dengan cara yang batil.Hal ini kerana ia boleh menyebabkan perpecahan dan permusuhan.Allah swt telah berfirman"Jangan lah kamu memakan harta orang lain antara kamu dengan jalan yang salah dan janganlah mengeluarkan harta(memberi rasuah)kepada hakim-hakim keranan hendak memakan sebahagian daripada harta manusia dengan cara yang berdosa sedangkan kamu mengetahui".(surah Al-baqarah:188)
Ini merupakan satu peringatan yang jelas kepada kita agar tidak memberi dan menerima rasuah kerana ia merupakan satu dosa yang amat besar disisi ALLAH AZZAWAJALLA.Rasulullah saw juga pernah bersabda yang berbunyi"Alah melaknat orang yang memberi rasuah dan orang yang menerima rasuah dalam satu perkara".
Janganlah kita memberi anak dan isteri kita memakan harta atau hasil dari rasuah kerana ianya pasti memberi kesan kepada diri kita sendiri.Hendaklah kita mencari rezki dengan cara yang halal.Meskipun rezki yang kita perolehi dengan cara yang halal itu sedikit,namun besar faedah dan pahalanya disisi Allah swt.Semoga dengan sedikit ilmu yang diajarkan kepada diri kita ini,dapat memberi kesan dan impak yang berguna pada diri kita ini.Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah swt dan yang buruk nitu datang dari diri saya sendiri.WALLAHU ALAM;)
No comments:
Post a Comment