Tuesday, June 18, 2013

Perjumpaan MPPTA Oktober 2011




SEKUFU DALAM PERKAHWINAN



SEKUFU

         Sekufu pada bahasa sepadan.  Manakala pada istilah Fuqaha’ ialah setara di antara suami dan isteri demi untuk mengelak keaiban pada beberapa perkara tertentu iaitu dari segi agama (menjauhkan diri daripada yang haram), merdeka, keturunan, sejahtera daripada keaiban yang membolehkan membuat khiar (pilihan) dan kerjaya.

         Tujuan kufu ialah untuk mencapai persamaan dalam bidang sosial dan kemasyarakatan kerana mahu menjamin kesejahteraan dan kedamaian hidup suami isteri.  Selain itu, supaya perempuan atau walinya tidak menghina suami berdasarkan kebiasaan yang selalu.

Kufu bukannya syarat sah perkahwinan, tetapi hanya syarat lazim perkahwinan.  Kufu merupakan hak bagi perempuan dan hak para walinya.  Apabila perempuan berkahwin dengan lelaki yang tidak sekufu, maka akadnya sah, namun para wali berhak mengkritik dan menuntut supaya perkahwinan itu difasakhkan.  Demikian pula jika wali mengahwinkannya dengan orang yang tidak sekufu, maka perempuan berhak menuntut supaya difasakhkan perkahwinan itu. 

         Dalam sebuah riwayat bahawa seorang gadis datang kepada Rasulullah s.a.w., katanya; Sesungguhnya bapa telah mengahwinkan saya dengan anak saudaranya, supaya dapat meningkatkan kedudukan yang hina.  Lalu Rasulullah s.a.w. menyerahkan akad perkahwinan itu kepada perempuan tersebut, sama ada ia mahu meluluskannya ataupun tidak.  Gadis itu berkata : Sesungguhnya saya meluluskan apa yang dilakukan oleh bapa saya, tetapi saya mahu memberitahu kepada para wanita bahawa para bapa tidak berhak memaksa sesuatupun dalam perkara ini.

HUKUM PERKAHWINAN



HUKUM PERKAHWINAN

i)                 SUNAT

Hukum asal kepada perkahwinan adalah sunat bagi orang yang mampu tetapi dapat menghindarkan diri daripada melakukan maksiat (zina)

ii)                WAJIB

Bagi orang yang nafsunya terlalu kuat sehingga boleh menjerumuskan dirinya melakukan maksiat (zina dan seumpamanya) sedangkan dia seorang yang mampu berkahwin.

iii)              MAKRUH

Bagi orang yang tidak mampu memberikan nafkah zahir dan batin, tetapi tidak memberi kemudaratan kepada isteri.


iv)                HARAM

Bagi orang yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya dan dia sendiri lemah serta tidak mempunyai keinginan berkahwin.

Aurat Wanita


Aurat bagi bapa, bapa mentua, anak sendiri atau anak tiri, saudara sendiri (adik-beradik), anak bagi saudara lelaki dan (perempuan) wanita Islam, hamba sahaya, orang gaji lelaki yang sudah tua dan tidak berkeinginan lagi kepada perempuan, dan kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan adalah anggota badan yang hanya dibenarkan untuk diperlihatkan ialah rambut, telinga, leher, bahagian atas dada, lengan dan kaki.
Anggota lain seperti perut, paha, dua kemaluan adalah haram didedahkan kepada lelaki mahu pun wanita kecuali hanya kepada suami.
Apa yang jelas ialah seorang wanita hendaklah menutup apa yang perlu ditutup (berpakaian secara sopan) dan dimaafkan jika terbuka secara tidak sengaja atau atas keperluan bila berhubung dengan keluarga sendiri
(al-Qaradawi, 1995: 154-161).