SEKUFU
Sekufu pada bahasa sepadan. Manakala pada istilah Fuqaha’ ialah setara di
antara suami dan isteri demi untuk mengelak keaiban pada beberapa perkara
tertentu iaitu dari segi agama (menjauhkan diri daripada yang haram), merdeka,
keturunan, sejahtera daripada keaiban yang membolehkan membuat khiar (pilihan) dan
kerjaya.
Tujuan kufu ialah untuk mencapai
persamaan dalam bidang sosial dan kemasyarakatan kerana mahu menjamin
kesejahteraan dan kedamaian hidup suami isteri.
Selain itu, supaya perempuan atau walinya tidak menghina suami berdasarkan
kebiasaan yang selalu.
Kufu
bukannya syarat sah perkahwinan, tetapi hanya syarat lazim perkahwinan. Kufu merupakan hak bagi perempuan dan hak
para walinya. Apabila perempuan
berkahwin dengan lelaki yang tidak sekufu, maka akadnya sah, namun para wali
berhak mengkritik dan menuntut supaya perkahwinan itu difasakhkan. Demikian pula jika wali mengahwinkannya
dengan orang yang tidak sekufu, maka perempuan berhak menuntut supaya
difasakhkan perkahwinan itu.
Dalam sebuah riwayat bahawa seorang
gadis datang kepada Rasulullah s.a.w., katanya; Sesungguhnya bapa telah
mengahwinkan saya dengan anak saudaranya, supaya dapat meningkatkan kedudukan
yang hina. Lalu Rasulullah s.a.w.
menyerahkan akad perkahwinan itu kepada perempuan tersebut, sama ada ia mahu
meluluskannya ataupun tidak. Gadis itu
berkata : Sesungguhnya saya meluluskan apa yang dilakukan oleh bapa saya,
tetapi saya mahu memberitahu kepada para wanita bahawa para bapa tidak berhak
memaksa sesuatupun dalam perkara ini.
No comments:
Post a Comment