Tuesday, June 18, 2013

Aurat Wanita


Aurat bagi bapa, bapa mentua, anak sendiri atau anak tiri, saudara sendiri (adik-beradik), anak bagi saudara lelaki dan (perempuan) wanita Islam, hamba sahaya, orang gaji lelaki yang sudah tua dan tidak berkeinginan lagi kepada perempuan, dan kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan adalah anggota badan yang hanya dibenarkan untuk diperlihatkan ialah rambut, telinga, leher, bahagian atas dada, lengan dan kaki.
Anggota lain seperti perut, paha, dua kemaluan adalah haram didedahkan kepada lelaki mahu pun wanita kecuali hanya kepada suami.
Apa yang jelas ialah seorang wanita hendaklah menutup apa yang perlu ditutup (berpakaian secara sopan) dan dimaafkan jika terbuka secara tidak sengaja atau atas keperluan bila berhubung dengan keluarga sendiri
(al-Qaradawi, 1995: 154-161).

No comments:

Post a Comment